Collection of Best Seller Books for Education

Sang Akademia itu Aku

Berkisarkan tentang perjalanan hidup Dr Tazli sepanjang tempoh pengajian PhD beliau sehingga menceburi dunia akademia yang akhirnya mengubah pandang sisi beliau tentang makna kehidupan. Di samping ulasan berkaitan pedagogi dan isu pendidikan semasa, beliau berkongsi perjalanan peribadi dan profesionalnya dalam menempuh ujian demi ujian. 

Problem Based Learning Dengan Canva dan AI Generatif

Buku ini membawa anda meneroka bagaimana Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) diperkasa dengan Canva dan ChatGPT untuk menjadikan pembelajaran lebih hidup, interaktif, dan bermakna—lengkap dengan panduan praktikal yang terus boleh digunakan di dalam kelas.

Panduan Lengkap Menggunakan ChatGPT dalam bilik darjah

Sebuah buku terbitan Skolar Sdn Bhd yang meneroka potensi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam dunia pendidikan. Buku ini dihasilkan untuk membantu guru memahami, mengadaptasi dan memanfaatkan aplikasi seperti ChatGPT bagi memperkaya pengajaran dan pembelajaran.

E-Book Flipped-Cooperative Learning Classroom Dengan Canva

Memberi penerokaan mendalam mengenai model flipped classroom yang digabungkan dengan strategi pembelajaran koperatif. Ditulis oleh pakar Canva yang disahkan, Dr. Mohammad Tazli Azizan dan Don Skolar, ebook ini menyediakan panduan praktikal tentang cara menggunakan Canva sebagai alat untuk memperkayakan interaksi bilik darjah dan meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.